Sunday, October 23, 2011

Saya Dan 21/10/2011


Saya menikmati keenakan air batu campur bersama rojak sotong untuk mengisi perut di tengah terik matahari mengadap pantai Teluk Chempedak. Kali pertama saya makan tengahari di sini walaupun ini hari ketiga saya berada di sini bersama Fatimah dan anaknya.


The sand, the sea, the sky and the sun are so soothing and fascinating. The sound and the smell of the nature are so breezing.

Ini sahajalah waktu yang ada untuk merasai keindahan dan kedamaian di sini kerana daripada pagi hingga ke malam kami hanya berada di site office.

Ketika saya melihat kelibat bos saya berjalan ke arah kami, saya teringat kata-katanya.

"You have to go to Kuantan next week!"
"I thought of going with Dr Suparjo end of this month..."
"It's too late. Go next week! We give you Cuti-Cuti Malaysia, stay there for 3D2N. Drop by at our site office, tell them what to do then you go jalan-jalan. Simple as that!"
"Three days?"
"Yes! You ask Aminah to accompany you as she can assist to check our financial report as well"
"But Kuantan is alien to me..."
"No worries. I will provide a map for you. I might be going there later if Aminah couldn't handle the final accounts"

*Sigh* What else can I say...

Dialog itulah yang telah membawa saya ke Kuantan. Aminah yang tidak dapat pergi telah diganti oleh Fatimah. Fatimah terpaksa membawa anaknya yang berumur tiga tahun kerana ketiadaan pengasuh. Aina yang comel dan sporting mengikut sahaja ke mana kami pergi.

Al-kisah kami yang menjadi "Kassim Selamat dan Sabariah Mansor" telah menjadi sesuatu yang membuat kami ketawa tanpa henti. Daripada percutian 3D2N bertukar kepada 4D3N gara-gara hendak menyiapkan laporan kewangan sehingga bulan September 2011. Daripada 3-star hotel kami bertukar ke budget hotel untuk jimat kos. Maka jadilah kami seperti Kassim Selamat dan Sabariah Mansor.

Sepanjang empat hari di Kuantan kami tak sempat ke mana-mana kerana kekangan masa. Cuma hari terakhir semasa dalam perjalanan pulang kami ternampak river cruise di pekan Kuantan, jadi terus beli tiket. Mabuk tetaplah mabuk naik bot namun panorama yang indah membuat saya lupa tentang mabuk saya.


Saya terdiam sejenak ketika berada di muara, tempat pertemuan antara sungai dan laut. Tempat ini istimewa dan bermakna pada saya, bagaikan sesuatu yang indah akan berlaku di sini. Seperti juga kehidupan manusia, daripada laluan yang kecil kini menuju ke laluan yang lebih besar. 

Saya berterima kasih kepada bos saya yang telah berjaya memujuk 'bos besar' keluar bajet untuk kami. Saya juga berterima kasih kepada 'rakan sepasukan' saya di KL yang beri full support sepanjang ketiadaan saya. Salah seorang daripada mereka selamat bersalin ketika hari pertama saya di Kuantan. Walaupun saya terlepas saat-saat kecoh di pejabat ketika Suzie sakit hendak bersalin, saya tetap gembira semuanya selamat dan sihat. Paling saya hargai adalah kesanggupan kawan saya merangkap jiran saya untuk menjenguk-jenguk emak saya di rumah.
Related Posts with Thumbnails