Apalah gunanya lagi melantun bicara
Bila ia sudah pun pedar
Dan tidak lagi empuk pada gegendang
Laksana keri menebas jantung
Adakah lalu akal ku
Mengusir fikiran yang semakin kikir
Dek kerana emosi yang semakin membidai
Betah ku sudah tidak bersisa lagi
Jejak ku sudah tidak bertapak lagi
Bicara ku sudah fakir kata-kata lagi
Mujur faham ku datang berbisik
Meletak kekeluargaan pada makna perhubungan
Dan aku diangkat menjadi sebahagian
Kerana itulah bicaranya pedar...
Nite Garden