Saturday, January 9, 2010

Garis Permulaan



Salam…

Saya gembira menerima kedatangan tahun baru yang tidak pernah mungkir janji untuk datang menyapa sejagat alam. Muharram yang mendahului Januari, bedanya pada fahaman, ilmu dan kepercayaan makhluk tentang pergerakan cakerawala. Menyambut kedatangan 10 Muharram bermakna saya juga menerima kehadiran satu lagi angka untuk ditambah pada umur. Namun begitu apa yang benar-benar saya panggil datang untuk mengiringi angka itu adalah kematangan akal dan kerendahan hati. Hanya satu azam yang saya seru kepada diri sendiri untuk dibangkitkan iaitu mencari keredhaan ibu saya selagi peluang masih ada.

Tempoh hibernasi saya sudah tamat dan saya sudah puas berehat. Mulai minggu hadapan blog ini akan ditutup buat sementara waktu untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian bagi meronai wajah baru.
Related Posts with Thumbnails