Tuesday, March 29, 2011

Saya Dan Hijau

Sejenak saya memperuntukkan sedikit masa untuk bermesra dengan alam. Tanah di belakang rumah yang hanya sekangkang kera dimanfaatkan sebaik-baiknya. Hadiah kecil dari Tuhan hadir untuk menenangkan hati yang dilanda tsunami. Bau tanah yang baru disirami air menyegarkan minda saya.

Saya menanam beberapa pokok antaranya pokok ulam raja, pegaga, kemangi, kangkung, betik, cili, kesum, serai, daun bawang dan pandan. Di waktu saya bersama tanaman-tanaman ini terasa seperti stress itu satu perkataan yang sangat asing. Seeing the plants growing each day drives me to a new state of calmness. Green is so tender and loving. The leaves wash my hectic life away.

Paling menyeronokkan ialah apabila tanaman ini memberi faedah kepada saya secara fizikal dan spiritual. Sudah tentu ia menjadi sebahagian daripada rencah dalam masakan saya. Saya cuba mengamalkan pemakanan sihat. Oleh itu daun-daun ini dijadikan kerabu. Saya juga mula mengamalkan jus pegaga yang dicampur dengan sirap pandan. Kesemuanya bebas bahan kimia seperti racun serangga, bahan pengawet dan bahan perisa tambahan.

Disamping itu saya dapat menjimatkan perbelanjaan dapur. Kerabu ataupun salad ini sering memenuhi lunch box saya kerana senario membawa bekal ke tempat kerja menjadi budaya dikalangan teman-teman saya.

Inilah hasilnya. Kerabu yang dibungkus dengan roti tortilla bakar. Menu sihat dan enak. Emak saya juga mula menyukai hidangan ini.

Tuesday, March 8, 2011

Saya Dan Sedetik Lebih



Akhirnya saya memperolehi lagu sedetik lebih ini dalam versi penuh selepas menunggu agak lama. Pasti saya mahu menonton filem ini apabila keluar nanti...
Related Posts with Thumbnails