Saya bukanlah penggemar teh tarik. Kerana itu saya jarang membuat teh tarik. Tetapi kali ini saya belajar membuatnya daripada Kak Kiah. Dia yang sangat sporting telah mengajar saya step by step dan memberi pelbagai tips untuk membangkitkan aroma teh tarik. Satu cawan teh tarik telah tersedia di atas meja Pak Abu. Ini adalah 'teh tarik minta maaf' namanya. Sekarang saya singkap kisah teh tarik ini.
Saya telah menghantar dokumen kepada Dr. Suparjo tanpa memberitahu Pak Abu terlebih dahulu. Dr. Suparjo yang terkejut menerima dokumen tersebut telah menelefon Pak Abu dan memarahinya. Dia terpinga-pinga dan hanya diam sahaja apabila dimarahi. Saya faham benar dengan sikap Pak Abu yang tidak akan berbincang dengan Dr. Suparjo untuk menyelesaikan konflik. Saya sendiri berjumpa dengan Dr. Suparjo dan menerangkan hal sebenar. Setelah berbincang akhirnya dia bersetuju supaya dokumen tersebut dihantar kepadanya setiap bulan. Saya lega tiada lagi isu berbangkit untuk projek di Kuantan di bawah kelolaan Dr. Suparjo.
Memang lah selama ini saya sering tidak sependapat dengan Pak Abu. Tetapi kali ini ego saya tersentuh. Saya dibaluti rasa bersalah kepadanya. Kerana itulah saya membuat teh tarik kegemaran Pak Abu untuk sarapannya sebelum dia pergi mesyuarat. Dia beri saya markah 8/10 untuk teh tarik itu. Hmmm boleh la tuuu ha ha ha ha! Esok Pak Abu mahu teh tarik satu cawan lagi.
Disebalik kisah teh tarik ini, ada pula kisah teh tarik episod kedua iaitu Jenab Dan Teh Tarik.
Keesokan paginya belum sempat saya membancuh teh tarik untuk Pak Abu, Jenab telah membeli teh tarik untuk Pak Abu.
Erkkkk!!!! kenapa begitu pulak Jenab?
Selama tiga hari berturut-turut dia membelikan teh tarik untuk Pak Abu. Saya terkedu..
Jenab oh Jenab! Kalau ya pun you nak ambik hati Pak Abu, kenapa lah you ceduk my idea? Kenapa lah you tak buat sebelum I did?
Adoi la Jenab! Ada banyak cara lagi if you really want to get his attention. Hmmmm I boleh suggest kat you a few ideas... tapi you pikir la sendiri Jenab since ideas tu really ada kat depan mata you, cuma you saja yang tak nampak...
You kata "I did a few things but still Pak Abu nampak you and cari you saja"
I said "Hai Jenab! Takkan you too feel threatened by me kot?"
Alahai Jenab! You can get as much attention from him. Just put a little bit of efforts je Jenab... I nak bagi idea kat you, tapi I teringat nasihat Anas sebelum ni. Katanya:
"There is no need to get involved in anyone's problems, even if you think you have a solution for them. They are different from you, so what worked for you might only make things worse for them. Yo can express your ideas, but do not offer advice and do not take anyone's side. Stay neutral".
So Jenab, pandai-pandai la you cari jalan macamana nak pancing his attention. I have no interest at all...