Sunday, March 4, 2012

Saya Dan Subang Berlian


Image from google.com

Saya adalah peminat siri realiti tv Keeping Up With The Kardashians. Episod yang paling saya sukai ialah ketika mereka pergi bercuti ke Bora Bora. Walaupun sudah diulang tayang beberapa kali, saya tetap akan menontonnya kerana terpukau dengan keindahan destinasi pelancongan di Tahiti itu.

Baru-baru ini saya menontonnya lagi. Ada satu perkara yang menarik perhatian saya, yang sebelum ini saya terlepas pandang. Barangkali kerana setiap kali menonton episod ini saya sering berangan-angan hendak ke sana suatu hari nanti, maka saya kurang menumpukan perhatian kepada perbualan mereka.

Kisah Kim yang kehilangan subang berlian sebelah kanan ketika teman lelakinya (Kris) mencampak Kim ke dalam laut. Sepasang subang berlian yang bernilai USD 75,000.00, kalau ditukar ke Ringgit Malaysia sudah pasti boleh membeli sebuah rumah secara tunai.  

Apa yang menarik perhatian saya bukanlah tentang kehilangan subang berlian itu, tetapi reaksi Kris ketika melihat Kim menangis kerana tidak dapat menerima hakikat yang sebelah subang berliannya hilang.

Kris :“If you are afraid of losing something valuable in your life, then you shouldn’t have it at first place”.

Kim : "I've worked so hard to buy them!"

Kris : “They are just materials. If my leg is broken, will you cry like this?”

Kim : “Yes”.

Kris : “You shouldn’t because I’ll be okay”.

Ada benarnya kata-kata Kris itu.

Satu-satunya staf lelaki di jabatan saya akan pergi meninggalkan kami. Ia satu kehilangan yang besar kerana kehadirannya sangat berharga. Ketika dia menyerahkan surat perletakan jawatannya melalui Kak Fazura, reaksi saya sama seperti Kim pada mulanya. Saya enggan menerimanya dan menyuruh dia menyerahkan sendiri kepada saya. Namun kemudian saya teringat kata-kata Kris. Sekarang saya menerima kehilangannya dengan hati yang terbuka kerana saya yakin dia akan lebih berjaya di luar sana.

Dia yang budiman telah mencari orang lain untuk menjadi pengganti tempatnya. Saya telah pun bersedia untuk kehilangan penggantinya juga suatu hari nanti.


Related Posts with Thumbnails