Monday, February 16, 2009

Aku Bukan Manusia Biasa


Image taken from corbis.com


Bukan pilihan ku menjadi manusia biasa
Dengan izin Allah, aku berhak menjadi manusia luar biasa
Yang merebut peluang, bukan memburu jaminan
Aku tidak ingin menjadi rakyat kerdil
Yang takut dan jahil, dijaga rapi oleh negara
Aku ingin menceburkan nasib untuk menjulang impian
Menegak cita untuk jatuh dan bangun
Sejenak aku tidak berhenti berusaha
Kerana disogokkkan sekepal nasi
Aku pilih cabaran hidup, bukan keselesaan hidup
Kenikmatan pencapaian, bukan lesu damai sebuah Uthopia
Aku tidak rela dibingkai kerana mencari rezeki
Atau menggadai maruah demi segenggam padi
Aku tidak akan tunduk pada kuasa
Atau bertelut pada bujukan
Aku tetap mewarisi hak tegak berdiri
Dengan megah dan berani berfikir
Bertindak bagi diriku sendiri
Mengecap madu perjuanganku
Dan menghadapi hidup ini dengan tekad dan rendah diri
Sambil mengatakan :
"Inilah yang telah ku lakukan!"


Nota: Sajak ini telah diberi oleh sahabat ku "Miss Jayce" sewaktu zaman persekolahan dulu. Aku sudah tak ingat nama penulis sajak ini.
Related Posts with Thumbnails