Monday, February 16, 2009

Aku Bukan Manusia Biasa


Image taken from corbis.com


Bukan pilihan ku menjadi manusia biasa
Dengan izin Allah, aku berhak menjadi manusia luar biasa
Yang merebut peluang, bukan memburu jaminan
Aku tidak ingin menjadi rakyat kerdil
Yang takut dan jahil, dijaga rapi oleh negara
Aku ingin menceburkan nasib untuk menjulang impian
Menegak cita untuk jatuh dan bangun
Sejenak aku tidak berhenti berusaha
Kerana disogokkkan sekepal nasi
Aku pilih cabaran hidup, bukan keselesaan hidup
Kenikmatan pencapaian, bukan lesu damai sebuah Uthopia
Aku tidak rela dibingkai kerana mencari rezeki
Atau menggadai maruah demi segenggam padi
Aku tidak akan tunduk pada kuasa
Atau bertelut pada bujukan
Aku tetap mewarisi hak tegak berdiri
Dengan megah dan berani berfikir
Bertindak bagi diriku sendiri
Mengecap madu perjuanganku
Dan menghadapi hidup ini dengan tekad dan rendah diri
Sambil mengatakan :
"Inilah yang telah ku lakukan!"


Nota: Sajak ini telah diberi oleh sahabat ku "Miss Jayce" sewaktu zaman persekolahan dulu. Aku sudah tak ingat nama penulis sajak ini.

13 comments:

Benrauf said...
This comment has been removed by the author.
daSetan_7 said...

Not bad sajak nie. Agak mendalam maksudnyer. Tapi taklah terlalu susah untuk digapai. Besh!! :P

monkibizniz said...

umph..mcm biasa jek dengan genre sajak nih..tapi rasenye bukan penyajak biasa yang tulis..mungkin ditulis oleh seorang pemimpin (tak tau la, pemimpin rakyat, pemimpin pelajar etc).

tp sajak mcm nih memang bez..tak terlalu puitis jadi tak susah nk faham..bagusnye kalau dapat tahu penulisnya. :)

nway kalo de sajak bagis2 lg kongsi la..rehan memang minat :)

In The Nite Garden said...

Ben,
Manusia adalah sebaik2 makhluk ciptaan Allah.. Jgn cepat putus asa Ben..

Dasetan,
Mmg best.. sbb tu sajak ni masih disimpan lg..

Monkibizniz,
Nti akak cari nama penulisnya..
Ada a few lg dlm simpanan. Akak akan share fom time to time..

daSetan_7 said...

Aik. Tak taulah pulok hang nie peminat sajak :P

In The Nite Garden said...

Dasetan,
Ni nak bgtau nih ;p

daSetan_7 said...

Noted :P

In The Nite Garden said...

;p

Benrauf said...
This comment has been removed by the author.
monkibizniz said...

susah nak jadi manusia yang baik..
tp cuba aje lah..
usaha pn akan dihisab jg nnt..

daSetan_7 said...

Hmmm... Aku nak komen tak? :P

In The Nite Garden said...

Ben + Rehan = kawan yg baik

Dasetan,
Minah kata:

"Komen je la.. buat la mcm umah sendiri.. Minah tak kesah" ;P

"sila! sila! jgn malu2.. tambah nasik lagik" ;p

daSetan_7 said...

Ahakzz!! :P

Related Posts with Thumbnails