Image taken from google.com
Engkau lelaki yang patah sayap kirinya
Menanggalkan baju dukamu dihamparan kenangan
Melonjak dari jendela kamar yang pecah kacanya
Ingin terbang menerpa bulan
Sambil mengilik sebungkus impian.
Tak kau hirau rayuan pungguk berhiba lara
Yang memilih pilu sengsara tanpa usaha
Kau dengan kental semangat menjerkah gerhana
Dan menahan mentari dari meminta gilirannya.
Terbanglah lelaki yang patah sayapnya
Berpandukan tongkat paruh jentayu yang setia.
Kau bukan lagi lelaki pilu yang merenung jendela
Setiap kali purnama senyum atau retak di balik ara
Kerana kau arif merisik rindu dan mentafsir cinta
Dari sinar mata pemilik kejora.
Nota: Puisi yang dideklamasikan oleh Datuk Siti Nurhaliza di Malam Puisi Utusan ke-12 di Laman Beringin, Istana Budaya baru-baru ini. Puisi yang didedikasikan kepada seorang lelaki yang menonton teater Pak Pandir The Musical di Dewan Filharmonik Petronas bersamaku pada 18 Jun 2009.
Kelip-kelip api di kapal
Baru sedar pasang pelitaAirmata jatuh ke bantal
Baru sedar menanggung derita
Kelapa rebah di kayu jati
Asap nipah bercabang dua
Sungguh tabah jentayu sakti
Patah sayap terbang jua
To all gentlemen in the universe, who are fathers, father-to-be, father wannabe and single gentlemen who have a dream to be a father one day - HAPPY FATHER'S DAY!
9 comments:
Lelaki ada sayap ker? :D
Sape lelaki yang pi tgk Pak Pandir tue? Dia tengah sedih ker?
Sapa kata lelaki takde sayap? *sigh
Awatnya? ang nak berkenalan ngan dia ka yg ang tanya2 nih? Pasaipa ang ingat dia tgh bersedih pulak?
Ada sayap ke? *confused*
Saja ja tnya pasai dia :D
Awat hang mengeluh aja nie....
sori typo error. it supposed to be wink instead of sigh. ni penangan 'chicken blood' ari sabtu aritu la tak ilang2 lg nih hehehe
puisi ini tentang lelaki yg tabah menghadapi gelombang hidupnya. i think the man whom i dedicated this poem to is a very brave and strong man after i knew what he went through in his life. If he were a father someday, i believe he'll be a good one :D
Patah pasak di dalam kemudi,
Patah di ruang buga kiambang,
Kalau tidak bertemu lai,
Bulan terang sama dipandang.
You have a great week, Lee.
Sapekah lelaki ittew??? Sungguh teruja aku ingin mengenalinya :D
Uncle Lee:
Apa diharap padi seberang
Entah kan berisi entah kan hampa
Bila memandang bulan yang terang
Terlihat wajah kesayangan hamba
Have a nice day :)
The Anthropologist:
Eh eh lebih sudu dari kuah pulok ang nih ;p
:D
Post a Comment