Friday, August 28, 2009

Setelah Dua Belas Purnama

Sempena sambutan birthday Zahraa yang pertama pada 9 Ogos 2009. Dia lahir pada 5 Ogos 2008. Setahun sudah berlalu terasa begitu pantas masa bergerak. Seakan masih baru lagi ketika kali pertama kami menatap wajah mulusnya.

Hari pertama Zahraa lahir ke dunia...

Birthday cake Zahraa yang sungguh comel...

Zahraa terpinga-pinga bila semua orang mengelilingi dia dan nyanyikan lagu untuk dia. Makcik Zahraa yang sorang tu tetiba rasa syahdu pulak tengok Zahraa masa tu. Yang pastinya makciknya tu bukan aku hehehehe

Zahraa masih hairan dan pelik kenapa semua orang menyanyi...

Makan kek. Dia sudah mula bercakap. Paling dia suka sebut "betul betul betul" dan "apa tu?". Ada sorang makcik dia tu happy sesangat bila Zahraa dah pandai sebut "halah halah" sebab itu tagline makciknya tu bila dia timang Zahraa. Emo betul makcik Zahraa tu! *bukan aku jugak hehehe

Nenek sebelah ibu Zahraa bersama cucu-cucunya...

Makanan penuh dalam mulut Zahraa...

Zahraa suapkan kek ke mulut makciknya yang suka emo tu hehehe

Bersama atok sebelah ibu Zahraa... Atoknya yang masakkan mee rebus untuk majlis hari tu. Memang sedap!

Post party - rajin pulak anak dara ni lap pinggan...

3 comments:

the anThropologist said...

Chomel nyer zara :D

Nite Garden said...

tu yg slalu buat cheq asyik nak gi umah dia jer.. thx anyway.. (",)

skylite said...

Zahra cumel mcm makcik dia (yg pasti makciknya adalah Saloma)*wink* HAPPY BELATED B'DAY TO HER..

Related Posts with Thumbnails