Wednesday, September 9, 2009

Lukisan Hati


Image by google.com

Kanvasnya hanya sekeping hati
yang bertahun dicalit warna luka
dalam kembara mencari makna
sebuah kehidupan
dan ribuan kenangan
menjadi warna-warna basah

ditebar dan dipusar berus sabar tawakal
lalu kering di panas mentari uji

Dia dengan sabar setia
melukiskan terus ke kanvas hidupnya
dengan lakaran pedoman
bersama gerak naluri

tangannya menari-nari ke kanan ke kiri
menebar warna-warna kenangan
warna-warna perjalanan panjang
dicalitnya lagi dengan jaluran mimpi
yang masih sudi singgah menghampiri
bersama untaian pelangi

Setelah tertebar ke seluruh kanvas
warna-warna dari segala kenangan
lalu dengan payah dibingkaikan
diberinya judul impian
dan dalam debar dia berbisik:
Inilah lukisan hati
hadiah buatmu yang mengerti...

- Mya Marja -

Tuesday, September 8, 2009

8 September 2009

Image by google.com

Selamat hari lahir Sarin. Keseronokan kita merakam detik-detik indah ketika bersama teman-teman menjadi kenangan manis yang tidak pernah lupus daripada ingatan. Kelembutanmu dan budi bahasa yang tinggi sangat disenangi semua orang.

Image by google.com

Anugerah Pertemuan

Anugerah pertemuan
nikmat sewaktu berada di ambang perpisahan

Ingin aku menongkah arus waktu
mudik dengan sampan kenangan
menuju jeram ingatan
jernih di lurah rindu yang dalam

Maafkan aku
jika ketika aku asyik berkisah
kalbu kalian dibisik gundah

- M. Arif -

You are very special. Your tender and loving friendship always delighting us. May you have colourful miles ahead...

We love you Sarin...

Malam Pertama



5 September 2009
Ini malam pertama aku di sini. Tak biasa bertukar tempat tidur memang la terasa lain macam. Seram pun ada jugak. Tapi tempuh saja la. Keputusan pun dah dibuat demi untuk menjaga kebajikan emak aku. Lama-lama nanti pasti aku akan membiasakan diri. Yang pastinya fikiran aku lapang dan tenang di sini. Hanya ditemani emak, tv dan komputer. Itu sudah memadai bagiku. Nak menghias rumah??? Mungkin boleh guna khidmat fashion designers yang sekarang ni mula berubah angin menjadi interior designers - Rizalman Ibrahim ke, Syaiful Baharim ke, Bill Keith ke (to name a few). Tapi aku lebih suka dengan citarasa Rizalman. Hmmm... berangan je la hahaha...

7 September 2009
Masakan pertama aku di sini. Dua juadah berbuka puasa yang menjadi kegemaran kakak aku dan mak aku. Buat kali pertama juga aku bereksperimentasi memasaknya menggunakan 'periuk ajaib'. Memang menjimatkan masa dan tenaga. Inilah hasilnya...



Bubur caca kegemaran kakak aku. Tepung caca, santan, susu sejat, gula, daun pandan, jagung manis dan air. Hidangan tersedia dalam masa 15 minit.



Ini pula kegemaran emak aku - rendang ayam. Ini bukan resepi asal rendang negeri Perak ataupun Negeri Sembilan tetapi gabungan resepi rendang dari kedua-dua negeri ni. Perbezaan cara penyediaan rendang Negeri Sembilan dan negeri Perak memang sangat ketara tetapi gabungan kedua-duanya telah memberi rasa yang sedikit berbeza. Aku namakan rendang ni Rendang Bekelei. Hidangan tersedia dalam masa 20 minit. Memang sangat mudah dan selesa memasak rendang mengunakan 'periuk ajaib' ni kerana tidak perlu untuk mengacau masakan.

Aku memang suka memasak dan paling aku suka bila melihat orang makan masakan aku dan mendengar mereka memberi komen. Jika diberi pilihan, aku juga suka lelaki yang pandai masak... ;D

Monday, September 7, 2009

4 September 2009


Image taken from google.com

Seorang lagi berbintang virgo menyambut hari lahir pada 4 September 2009. Tiada pertalian darah yang mengikat kami tapi kami sudah seperti adik beradik. Mengenalinya sejak empat tahun dulu melalui seorang kawan. Selama tiga tahun pertama kami seperti biskut chipsmore, seringkali lost contact. Namun sejak April 2008, kami mula rapat bila kami mula bergosip tentang banyak perkara. Dia sering menjadi penasihat aku dan juga penyimpan mohor besar rahsia aku. Adakalanya kami berselisih pendapat, bergurau kasar, kecil hati, sindir menyindir, bertekak tetapi lama-kelamaan kami mula faham perangai masing-masing. Dia sering melabel dirinya comel tapi aku sering melabelnya comot terutama bila makan kek coklat. Lucu bila diingat kembali.


Happy birthday to you. Semoga semua cita-cita tercapai.

****************************************************


5 September 2009


Hari ni pulak birthday sepupu lelaki aku dan juga seorang makcik yang senama dengan aku. Sepupu aku berada di utara manakala makcik ni di selatan. Anyway, happy birthday to both of you as well..
Related Posts with Thumbnails