Sunday, October 23, 2011

Saya Dan 21/10/2011


Saya menikmati keenakan air batu campur bersama rojak sotong untuk mengisi perut di tengah terik matahari mengadap pantai Teluk Chempedak. Kali pertama saya makan tengahari di sini walaupun ini hari ketiga saya berada di sini bersama Fatimah dan anaknya.


The sand, the sea, the sky and the sun are so soothing and fascinating. The sound and the smell of the nature are so breezing.

Ini sahajalah waktu yang ada untuk merasai keindahan dan kedamaian di sini kerana daripada pagi hingga ke malam kami hanya berada di site office.

Ketika saya melihat kelibat bos saya berjalan ke arah kami, saya teringat kata-katanya.

"You have to go to Kuantan next week!"
"I thought of going with Dr Suparjo end of this month..."
"It's too late. Go next week! We give you Cuti-Cuti Malaysia, stay there for 3D2N. Drop by at our site office, tell them what to do then you go jalan-jalan. Simple as that!"
"Three days?"
"Yes! You ask Aminah to accompany you as she can assist to check our financial report as well"
"But Kuantan is alien to me..."
"No worries. I will provide a map for you. I might be going there later if Aminah couldn't handle the final accounts"

*Sigh* What else can I say...

Dialog itulah yang telah membawa saya ke Kuantan. Aminah yang tidak dapat pergi telah diganti oleh Fatimah. Fatimah terpaksa membawa anaknya yang berumur tiga tahun kerana ketiadaan pengasuh. Aina yang comel dan sporting mengikut sahaja ke mana kami pergi.

Al-kisah kami yang menjadi "Kassim Selamat dan Sabariah Mansor" telah menjadi sesuatu yang membuat kami ketawa tanpa henti. Daripada percutian 3D2N bertukar kepada 4D3N gara-gara hendak menyiapkan laporan kewangan sehingga bulan September 2011. Daripada 3-star hotel kami bertukar ke budget hotel untuk jimat kos. Maka jadilah kami seperti Kassim Selamat dan Sabariah Mansor.

Sepanjang empat hari di Kuantan kami tak sempat ke mana-mana kerana kekangan masa. Cuma hari terakhir semasa dalam perjalanan pulang kami ternampak river cruise di pekan Kuantan, jadi terus beli tiket. Mabuk tetaplah mabuk naik bot namun panorama yang indah membuat saya lupa tentang mabuk saya.


Saya terdiam sejenak ketika berada di muara, tempat pertemuan antara sungai dan laut. Tempat ini istimewa dan bermakna pada saya, bagaikan sesuatu yang indah akan berlaku di sini. Seperti juga kehidupan manusia, daripada laluan yang kecil kini menuju ke laluan yang lebih besar. 

Saya berterima kasih kepada bos saya yang telah berjaya memujuk 'bos besar' keluar bajet untuk kami. Saya juga berterima kasih kepada 'rakan sepasukan' saya di KL yang beri full support sepanjang ketiadaan saya. Salah seorang daripada mereka selamat bersalin ketika hari pertama saya di Kuantan. Walaupun saya terlepas saat-saat kecoh di pejabat ketika Suzie sakit hendak bersalin, saya tetap gembira semuanya selamat dan sihat. Paling saya hargai adalah kesanggupan kawan saya merangkap jiran saya untuk menjenguk-jenguk emak saya di rumah.

Wednesday, July 20, 2011

Saya Dan Teh Tarik


Saya bukanlah penggemar teh tarik. Kerana itu saya jarang membuat teh tarik. Tetapi kali ini saya belajar membuatnya daripada Kak Kiah. Dia yang sangat sporting telah mengajar saya step by step dan memberi pelbagai tips untuk membangkitkan aroma teh tarik. Satu cawan teh tarik telah tersedia di atas meja Pak Abu. Ini adalah 'teh tarik minta maaf' namanya. Sekarang saya singkap kisah teh tarik ini.

Saya telah menghantar dokumen kepada Dr. Suparjo tanpa memberitahu Pak Abu terlebih dahulu. Dr. Suparjo yang terkejut menerima dokumen tersebut telah menelefon Pak Abu dan memarahinya. Dia terpinga-pinga dan hanya diam sahaja apabila dimarahi. Saya faham benar dengan sikap Pak Abu yang tidak akan berbincang dengan Dr. Suparjo untuk menyelesaikan konflik. Saya sendiri berjumpa dengan Dr. Suparjo dan menerangkan hal sebenar. Setelah berbincang akhirnya dia bersetuju supaya dokumen tersebut dihantar kepadanya setiap bulan. Saya lega tiada lagi isu berbangkit untuk projek di Kuantan di bawah kelolaan Dr. Suparjo.

Memang lah selama ini saya sering tidak sependapat dengan Pak Abu. Tetapi kali ini ego saya tersentuh. Saya dibaluti rasa bersalah kepadanya. Kerana itulah saya membuat teh tarik kegemaran Pak Abu untuk sarapannya sebelum dia pergi mesyuarat. Dia beri saya markah 8/10 untuk teh tarik itu. Hmmm boleh la tuuu ha ha ha ha! Esok Pak Abu mahu teh tarik satu cawan lagi. 

Disebalik kisah teh tarik ini, ada pula kisah teh tarik episod kedua iaitu Jenab Dan Teh Tarik.

Keesokan paginya belum sempat saya membancuh teh tarik untuk Pak Abu, Jenab telah membeli teh tarik untuk Pak Abu.

Erkkkk!!!! kenapa begitu pulak Jenab? 

Selama tiga hari berturut-turut dia membelikan teh tarik untuk Pak Abu. Saya terkedu..

Jenab oh Jenab! Kalau ya pun you nak ambik hati Pak Abu, kenapa lah you ceduk my idea? Kenapa lah you tak buat sebelum I did?

Adoi la Jenab! Ada banyak cara lagi if you really want to get his attention. Hmmmm I boleh suggest kat you a few ideas... tapi you pikir la sendiri Jenab since ideas tu really ada kat depan mata you, cuma you saja yang tak nampak...

You kata "I did a few things but still Pak Abu nampak you and cari you saja"

I said "Hai Jenab! Takkan you too feel threatened by me kot?"

Alahai Jenab! You can get as much attention from him. Just put a little bit of efforts je Jenab... I nak bagi idea kat you, tapi I teringat nasihat Anas sebelum ni. Katanya:

"There is no need to get involved in anyone's problems, even if you think you have a solution for them. They are different from you, so what worked for you might only make things worse for them. Yo can express your ideas, but do not offer advice and do not take anyone's side. Stay neutral".

So Jenab, pandai-pandai la you cari jalan macamana nak pancing his attention. I have no interest at all...

Sunday, July 3, 2011

Saya Dan "Speak Malay"



Jumaat 1 July 2011

Saya sedang berborak-borak dengan teman-teman. Ketika saya mendengar Anas bercakap tiba-tiba terpacul dari mulut saya:

"You sound weird when you speak Malay" 

Saat itu saya lihat mukanya berubah - menjadi ketat dan tidak senyum langsung. Tetapi dia tidak sentap dan tetap meneruskan perbualan.

I didn't mean to be rude. That time I forgot who he was and my choice of words was clumsy.

Honestly speaking, what I actually intended to say was,

"You sound cute when you speak Malay"

but I was embarrassed to say that in front of my friends.

Sesuatu yang saya anggap kelakar rupa-rupanya tidak pada orang lain.

It's a lesson..

Tuesday, March 29, 2011

Saya Dan Hijau

Sejenak saya memperuntukkan sedikit masa untuk bermesra dengan alam. Tanah di belakang rumah yang hanya sekangkang kera dimanfaatkan sebaik-baiknya. Hadiah kecil dari Tuhan hadir untuk menenangkan hati yang dilanda tsunami. Bau tanah yang baru disirami air menyegarkan minda saya.

Saya menanam beberapa pokok antaranya pokok ulam raja, pegaga, kemangi, kangkung, betik, cili, kesum, serai, daun bawang dan pandan. Di waktu saya bersama tanaman-tanaman ini terasa seperti stress itu satu perkataan yang sangat asing. Seeing the plants growing each day drives me to a new state of calmness. Green is so tender and loving. The leaves wash my hectic life away.

Paling menyeronokkan ialah apabila tanaman ini memberi faedah kepada saya secara fizikal dan spiritual. Sudah tentu ia menjadi sebahagian daripada rencah dalam masakan saya. Saya cuba mengamalkan pemakanan sihat. Oleh itu daun-daun ini dijadikan kerabu. Saya juga mula mengamalkan jus pegaga yang dicampur dengan sirap pandan. Kesemuanya bebas bahan kimia seperti racun serangga, bahan pengawet dan bahan perisa tambahan.

Disamping itu saya dapat menjimatkan perbelanjaan dapur. Kerabu ataupun salad ini sering memenuhi lunch box saya kerana senario membawa bekal ke tempat kerja menjadi budaya dikalangan teman-teman saya.

Inilah hasilnya. Kerabu yang dibungkus dengan roti tortilla bakar. Menu sihat dan enak. Emak saya juga mula menyukai hidangan ini.

Tuesday, March 8, 2011

Saya Dan Sedetik Lebih



Akhirnya saya memperolehi lagu sedetik lebih ini dalam versi penuh selepas menunggu agak lama. Pasti saya mahu menonton filem ini apabila keluar nanti...

Thursday, February 17, 2011

Saya Dan Pokok Pegaga

Dua bulan sudah berlalu kini tiba masa untuk memetik hasilnya. Pokok pegaga yang saya tanam di belakang rumah ini adalah daripada jenis pegaga embun. Agak sukar untuk di cari di pasar. Ia berbeza daripada pegaga biasa kerana daunnya lebih lebar, lebih tebal dan rasanya lebih rangup.

Ini antara maklumat tentang pegaga yang saya petik daripada laman sesawang Jabatan Pertanian Negeri Perak di www.pertanianperak.gov.my.

"Pokok Pegaga atau juga dikenali sebagai pokok antanan (bahasa Inggeris: pennywort) adalah sejenis pokok ulam yang terdapat Malaysia serta di negara-negara ASEAN. Nama botaninya Centella asiatica. Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti:
  1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
  2. Pokok Pegaga Daun Lebar
  3. Pegaga Embun - Hydrocotyle sibthorpiodes
  4. Pokok Pegaga Kelantan
  5. Pokok Pegaga Renek
  6. Pokok Pegaga Salad
  7. Pokok Pegaga Gajah
  8. Pokok Pegaga Brunei
Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang rumput, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Di Indonesia, jenis-jenis pegaga yang ada adalah daun kaki kuda, tikusan, pani gowang, pegagan.

Khasiat
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan. Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan. Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular. Antara khasiat lain pegaga adalah:
  • penawar alahan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit
  • menurunkan tekanan darah"

Friday, February 11, 2011

Saya Dan Rose



Ucapan tahniah dan selamat pengantin baru buat sahabat yang saya kasihi, Puan Roslina binti Abdul Rasid dan pasangannya... Semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi setiap langkah...

Saya Dan Senyum



Saya pun turut tersenyum bila mendengar lagu ini... Barangkali kerana saya punya banyak sebab untuk tersenyum di awal tahun 2011 ini. Permulaan tahun yang menceriakan kehidupan. Syukur saya panjatkan kepada Yang Esa dengan kehadiran banyak perkara baru dan bertemu dengan ramai orang baru. Ada juga pertemuan semula dengan kenangan dan sejarah lama. Tetapi saya lebih optimis kali ini kerana perjalanan hidup telah memberi banyak pengalaman dan ia menjadi panduan kepada saya untuk lebih berhati-hati membuat keputusan.

Ada beberapa perkara yang saya rancang untuk lakukan di tahun 2011 ini tidak dapat saya lakukan. Sebaliknya Tuhan memberi saya gantian yang lain. Masyaallah... Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat saya. Ironiknya kakak saya pula yang dapat apa yang saya mahukan, dan saya memperolehinya melalui kakak saya. Ya Salam... Ini Tuhan punya kuasa. 
Related Posts with Thumbnails