Saya pun turut tersenyum bila mendengar lagu ini... Barangkali kerana saya punya banyak sebab untuk tersenyum di awal tahun 2011 ini. Permulaan tahun yang menceriakan kehidupan. Syukur saya panjatkan kepada Yang Esa dengan kehadiran banyak perkara baru dan bertemu dengan ramai orang baru. Ada juga pertemuan semula dengan kenangan dan sejarah lama. Tetapi saya lebih optimis kali ini kerana perjalanan hidup telah memberi banyak pengalaman dan ia menjadi panduan kepada saya untuk lebih berhati-hati membuat keputusan.
Ada beberapa perkara yang saya rancang untuk lakukan di tahun 2011 ini tidak dapat saya lakukan. Sebaliknya Tuhan memberi saya gantian yang lain. Masyaallah... Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat saya. Ironiknya kakak saya pula yang dapat apa yang saya mahukan, dan saya memperolehinya melalui kakak saya. Ya Salam... Ini Tuhan punya kuasa.
No comments:
Post a Comment