Monday, October 1, 2012

Saya Dan Lampu Terbakar

Pagi yang sangat mendamaikan hari ini. Kerja yang berlonggok sudah usai minggu lepas, Alhamdulillah. Terima kasih Duhai Tuhan kerana sifat Rahman-Mu meletakkan redup di jiwa ku seredup langit-Mu yang ku intai melalui jendela di sisi ku.

Ketika sedang asyik mengemaskini laporan, tiba-tiba saya terhidu bau hangit. Bau tersebut hanya berada di jabatan kami sahaja. Tidak semena-mena semua lampu terpadam. Penghawa dingin dan komputer masih berfungsi seperti biasa.

Apa yang tak kena ni? Hati ku berbisik.

Saya mencari pertolongan daripada Osman namun tidak selesai juga masalah. Di waktu begini Kat pula berada di site office. Kalau dia ada pasti sudah dipanggilnya electrician. Buntu memikirkan solusinya, Osman akhirnya memanggil Johan.

Saya: Kenapa U panggil dia?

Osman: Dia boleh tengok-tengokkan..

Saya: Tapi dia bukannya electrician..

Boleh ke akauntan nak selesaikan masalah elektrik? Getus hati ku.

Johan sudah terpacul di muka pintu, saya yang sangsi hanya membiarkan sahaja dia membuat inspection.

Beberapa soalan ditanya untuk dia mengetahui punca masalah. Lampu terbakar – mungkin itulah root cause of the problem. Dia mengeluarkan sekejap lampu tersebut dari housing supaya bila suis dihidupkan lampu-lampu yang lain tidak terjejas. Tepatlah percaturannya apabila semua lampu menyala setelah suis utama dan suis lampu dihidupkan.

Peristiwa lampu terbakar ini memberi saya pengajaran bahawa setiap masalah boleh diselesaikan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah :
  1. Bertenang dan beristighfar
  2. Menganalisa masalah dan mencari puncanya
  3. Minta bantuan daripada orang lain
  4. Berdoa agar Allah menyelesaikan masalah dengan segera
  5. Yakin bahawa masalah boleh diselesaikan
Langkah 1 hingga Langkah 3 – Berusaha
Langkah 4 – Berdoa
Langkah 5 – Bertawakal

Berusaha + Berdoa + Bertawakal = Resepi Kejayaan


No comments:

Related Posts with Thumbnails