Monday, November 17, 2008

Chinta-Ku Dan Peta-Ku



Tiap aku terkenangkan dia
Ku-kembang kertas-ku, ku-raut pensel-ku
Ku-lukiskan dia
Ku-bentok rupa-nya
Menurut peta yang terlukis di-hati-ku
Dengan segenap kekayaan yang ada di-jiwa-ku
Ku-lukiskan dia
Ku-renong alam
Awan berarak - kabut berserak
Gunong dan langit - laut dan darat
Menchari warna.............
Pelukiskan dia
Kadang2 ku-beriba-riba bernyanyi
Memanggil seni di-tempat sunyi
Kadang2 ku-seruak langit hijau
Alam Nirwana hendak ku-tinjau
Pelukiskan dia
Kini................. berkat yakin-ku
Peta-ku telah sudah
Chantek dan indah
Tapi sayang...............
Peta-ku seni lukisan
Chinta-ku rupa-nya insan
Peta-ku Dewi dari Angkasa
Chinta-ku insan pelupa jasa
Dia bengis peta-ku lembut
Dia hakikat peta-ku khayal
Peta-ku bidadari di-tempat suchi
Chinta-ku pemungkir, chemburu, benchi
Peta-ku ilham dari kayangan
Chinta-ku hanya lamunan angan
Bila ku-renong wajah-nya
Hendak mengambil tauladan
Terbayang di-ruang mata-nya
Perdayaan shaitan
Bila ku-renong peta-ku
Di-sana terlukis kekayaan jiwa-ku
Tertumpah seni-ku, ratap-ku dan ilham-ku
Dekat hubongan-ku ka-langit
Bila ku-renongkan wajah-mu
Hanyut aku di-bawa arus
Tidak terchapai tanah daratan
Bila ku-lihat peta-ku
Chinta-ku hidup
Khayal-ku terbang membubong jauh
Ya Tuhan-ku
Ka-mana aku menghadapi lagi
Ka-mana chinta aku lekatkan
Ka-mana hati aku dekatkan
Kapada rupa-nya yang sa-benarnya-kah
Atau kapada lukisan tangan-ku sendiri
Hasil seni-ku - ilham Tuhan-ku
Pergi-lah........... jauh-lah wahai
Jangan dekati aku lagi
Aku-lah tahu
Tinggalkan daku
Saorang diri
Dengan peta-ku..............

Dipetik dari buku Kenang2-an Hidup Hamka oleh Hamka terbitan Penerbitan Pustaka Antara Kuala Lumpur 1966.

9 comments:

the anThropologist said...

It's a nice poem. Hamka was one in the million of Islamic scholars who used arts to spread Islam. Most of his poems had attracted many non-believers to convert to Islam and believed in the oneness of Allah.

I think this poem, to my mind, was meant to remind all Muslims who have committed sins to repent and to go back to the guided path. Though it was a bit poetic, but the meaning was there. And the way Hamka did it was really subtle, yet it did reach to the heart of the Muslims.

Nite Garden said...

It's just a reminder to myself... That's all...

the anThropologist said...

It's also a reminder to myself...

Nite Garden said...

Ustazah Meghela (",)

the anThropologist said...

Hajah Menghela lah. Hahahahahaha..... (",)

Nite Garden said...

I always admire Hamka since my adolescence...

Kenang2an Hidup oleh Hamka adalah buku kesayangan aku yg mula dibaca sejak aku lancar mengeja. Waktu itu masih lagi sengal dan tidak berapa memahami apa yang mahu disampaikannya. Namun kata-katanya sangat indah dan memberi makna yang mendalam... Zaman kecilku dahulu dikelilingi oleh pakcik-pakcik yang suka membaca dan membeli buku-buku. Aku pun seperti mereka meminati hasil-hasil seni kurniaan Yang Esa...

Pasti aku akan berkongsi lagi kata-kata indah Hamka di blog ni... Sharing is caring (",)

Baguih le ang doakan aku jadi hajah satu hari nanti.. dan ang doakan sekali supaya aku pencen meghela sebelum dan selepas aku jadi hajah (",)

the anThropologist said...

Baguihlah macam tue. Hamka adalah tokoh ilmuan Islam yang amat disegani di Nusanantara ini.

Hajah Meghela??? Hohohohohoho (",)

adzani adnan said...

wat a nice poem..
tersentuh ..^-^

Nite Garden said...

Hi AD,

Thx for ur comment. Glad to know that u like this poem as well..

Hamka... the way he blended his words and his thoughts was tremendous... satu lagi buku tulisannya yang saya pernah baca sewaktu remaja dulu - Tenggelam-nya Kapal Van Der Wijck. Satu lagi karyanya yang tidak kurang hebat. Sayangnya buku tu dah hilang dalam simpanan teman sekolah saya dulu...

Saya juga suka membaca blog awak... kreatif n menarik (",)

Related Posts with Thumbnails