Apalah gunanya lagi melantun bicara
Bila ia sudah pun pedar
Dan tidak lagi empuk pada gegendang
Laksana keri menebas jantung
Adakah lalu akal ku
Mengusir fikiran yang semakin kikir
Dek kerana emosi yang semakin membidai
Betah ku sudah tidak bersisa lagi
Jejak ku sudah tidak bertapak lagi
Bicara ku sudah fakir kata-kata lagi
Mujur faham ku datang berbisik
Meletak kekeluargaan pada makna perhubungan
Dan aku diangkat menjadi sebahagian
Kerana itulah bicaranya pedar...
Nite Garden
16 comments:
Salam kenal...
Tulis sendiri ke..? MakPeah tak pandai laa...
Ceria selalu...
Salam MakPeah,
Tulis suka2 jer..
Tima kasih sudi singgah..
Bait-bait puisi yang indah.
DrSam,
Terima kasih..
Pertama yg memuji..
pedar maksudnya apa ye?
seriously, i mean, seriously, i can't do poems to save my life. i can't comprehend poems, and i definitely can't write one. this one sounds nice..your own? wah~~
It's a nice piece of work. Congratz!!
Teman Dhuha :D
PEDAR tu apa ek?..Ad pun fakir kata-kata dah..hehe
i dah add ur name in my blog, and your qestion will be reply this coming thursday sebb nak cari bahan2 nye dulu . kang tersalah jawap atau copy paste terkena plak maki hamun orang. nice to you u ye kak. nak panggil apa erkkk????
Benrauf:
Pedar ni sejenis rasa - rasa pahit kepedas-pedasan spt kulit limau.
Max J. Potter:
TQ Nani. It's my own and it's for fun. Frankly, the inspiration comes most of the times when I'm on bed hehehehe so i keep a jotter and a pen beside my bed. But the most difficult part for me is editing a poem. Different people would comprehend a poem differently.
daSetan_7:
Hmmm biasa2 jer ni sbb hanya tulih suka2 time tgh emo turmoil huahuahua
Thx anyway ;p
Teman Dhuha???? Ang kena tambah power specs tu lg daa.... ;p
Ad Ridza:
Pedar tu pahit kepedas-pedasan dan rasanya mmg tidak disukai oleh lidah.
Taufik:
Salam kenal. thx sudi singgah and adding me. Buat susah2 jer taufik cari bahan nak jwp soalan sya. Thx anyway.
Taufik bleh panggil sya KAK NITE - nama yg telah difofularkan oleh Benrauf. Credit to him hehehehe
Wah wah wah pandai bermadah bicara indah kata-kata..........usahlah kau bermenung hiba mengenang nasib yang lara...........kau di sana...........kuseru kaujiwa kerana hati bergelora
D'Rimba:
Nasib yg lara hanya boleh diubati oleh tujuh lautan.. Satu benua yg ingin ku jejaki suatu hari nnti agar dpt ku tinggalkan semua pedih dihati..
Terima kasih sudi singgah :)
Post a Comment