Tuesday, September 8, 2009

Malam Pertama



5 September 2009
Ini malam pertama aku di sini. Tak biasa bertukar tempat tidur memang la terasa lain macam. Seram pun ada jugak. Tapi tempuh saja la. Keputusan pun dah dibuat demi untuk menjaga kebajikan emak aku. Lama-lama nanti pasti aku akan membiasakan diri. Yang pastinya fikiran aku lapang dan tenang di sini. Hanya ditemani emak, tv dan komputer. Itu sudah memadai bagiku. Nak menghias rumah??? Mungkin boleh guna khidmat fashion designers yang sekarang ni mula berubah angin menjadi interior designers - Rizalman Ibrahim ke, Syaiful Baharim ke, Bill Keith ke (to name a few). Tapi aku lebih suka dengan citarasa Rizalman. Hmmm... berangan je la hahaha...

7 September 2009
Masakan pertama aku di sini. Dua juadah berbuka puasa yang menjadi kegemaran kakak aku dan mak aku. Buat kali pertama juga aku bereksperimentasi memasaknya menggunakan 'periuk ajaib'. Memang menjimatkan masa dan tenaga. Inilah hasilnya...



Bubur caca kegemaran kakak aku. Tepung caca, santan, susu sejat, gula, daun pandan, jagung manis dan air. Hidangan tersedia dalam masa 15 minit.



Ini pula kegemaran emak aku - rendang ayam. Ini bukan resepi asal rendang negeri Perak ataupun Negeri Sembilan tetapi gabungan resepi rendang dari kedua-dua negeri ni. Perbezaan cara penyediaan rendang Negeri Sembilan dan negeri Perak memang sangat ketara tetapi gabungan kedua-duanya telah memberi rasa yang sedikit berbeza. Aku namakan rendang ni Rendang Bekelei. Hidangan tersedia dalam masa 20 minit. Memang sangat mudah dan selesa memasak rendang mengunakan 'periuk ajaib' ni kerana tidak perlu untuk mengacau masakan.

Aku memang suka memasak dan paling aku suka bila melihat orang makan masakan aku dan mendengar mereka memberi komen. Jika diberi pilihan, aku juga suka lelaki yang pandai masak... ;D

9 comments:

DrSam said...

Selamat berpindah ke rumah baru. memang senang kalau ada periuk ajaib tu he ;)

Nite Garden said...

Terima kasih DrSam. Periuk tu memang ajaib hahaha

the anThropologist said...

"Tapi aku lebih suka dengan citarasa Rizalman."

Apa laie, cepat-cepatlah join Deko Deko Deko Celcom Blue :D

"Jika diberi pilihan, aku juga suka lelaki yang pandai masak... ;D"

It's so thoughtful :D

Nite Garden said...

takde celcom blue la... ggggrrrr

masak kt dapor n pakai kain pelikat. waduh! bisa pengsan gue hehehe

CAHAYA said...

Kadang2 perlu keluar dari kebiasaan. Lama2 nanti insyaALLAH biasa. ;)

Rendang tu nampak meletup la.

Nite Garden said...

Keluar dari kebiasaan bersama harapan utk kehidupan baru yg luar biasa. Apa yg penting kegembiraan dihati i dan emak.

nnti i share resepi rendang tu kt my blog (",)

the anThropologist said...

"masak kt dapor n pakai kain pelikat"

*speechless*

adzani adnan said...

talking behalf of interior designer

~before thiz kami sume duk argue dgn arci yg suka2 mengmabil kerja kami, kkemudian kecoh pula dgn cerita2 di tv yg mana mereka mengaku mereka i.d (walhal hanya interior decoretor)

~ bezanya mereka hanya decorate tanpa ada sebarang pengubahsuaian dilakukakan..

~ sekarang pereka fesyen pun amik kerja kami juga??? kesian sungguh nasib kami pereka2 hiasan dalaman terpaksa bergelut dgn mereka2 yg sepatutnya memberi ruang kepada kami tuk berkarya..

p/s: semuanya bergantung kepada rezeki.. insyallah.. amin..
huh.. sye juda seorang I.D

skylite said...

nnti ajakla ktorang bertandang ke rmh Saloma..hehe. nk juga tgk 'periuk ajaib'.

Related Posts with Thumbnails