Adakah anda mengalami masalah jeragat atau noda pada kulit muka seperti gambar di atas? Ia terjadi apabila terlalu banyak pigmen melanin yang terdedah di atas lapisan dermal. Ia sering berlaku kepada orang yang berkulit agak gelap. Penyebabnya barangkali genetik tetapi penyebab utamanya adalah kulit yang kerap terdedah kepada sinaran ultraungu yang merbahaya.
Kadang-kadang sesetengah wanita malas untuk bermekap tebal ketika keluar rumah. Tetapi jeragat seperti ini membuatkan mereka segan untuk membogelkan wajah tanpa mekap. Tidak perlu risau lagi kerana ia boleh disamarkan menggunakan penyamar noda seperti di bawah. Ini yang sering dilakukan oleh kakak saya apabila dia malas untuk bermekap. Kebiasaannya warna penyamar noda dipilih lebih cerah sedikit daripada warna kulit muka jika dia bermekap. Tetapi jika dia hanya ingin memakai penyamar sahaja tanpa mekap, dia memilih warna yang sama dengan kulit wajahnya. Hanya ditempelkan sahaja ke atas jeragat tersebut atau parut-parut lain. Sekelip mata sahaja.. taadaaa.... semua noda hilang...
Itu semua adalah cara untuk menghilangkan noda di wajah. Bagaimana pula untuk menyamarkan noda yang disebabkan oleh dosa? Solat taubat adalah penyamar dosa. Semoga Ramadhan Al-Mubarak kali ini menjadi penyamar noda bagi segala dosa manusia dan Allah menerima taubat kita... Amin..
1 comment:
proud with my surface-of-moon face. :D
Post a Comment