Friday, April 3, 2009

Pada Usia Ini

Helai-helai daun yang luruh
Kadang-kadang mengingatkan
Di manakah di garis peta ini
Tiba perjalanan dan berdiri kita
Hutan yang diredah
Atau padang yang terentang
Ingatan yang dipapah
Atau mimpi yang tiba-tiba terdiam
Benar, kita tidak harus
Terlalu nostalgik di sini
Atau juga terlalu idealistik
Kerana hakikat lebih nyata
Dari kesamaran sejuta angin
Kita harus lebih berani
Bangun dan menghitung
Seberkas rencana yang kita bawa
Atau serentetan alpa yang mencicirkan
Pada usia ini
Segalanya meminta fikir
Yang lebih bijaksana
Menuntut rasa yang lebih sedar
Sebagai pengembara yang tidak harus
Terbabas dari tuju atau pemburu
Tak terlepas dari sasar
Sambil tunduk dan akur
Pada setiap ketentuan itu
Yang telah ditentukan...


Lim Swee Tin

10 comments:

CAHAYA said...

waktu kecik2 dulu suka baca novel Lim Swee Tin ni. :)

Ad Rifza said...

Indah sggh bait bait puisi Lim Swee Tin ini..Hidup dengan ketentuanNYA..

Blogger said...

buat aku fikir panjang..
anyway..lama x jumpa kak! :)

Max J. Potter said...

i cant write/comprehend poem to save my life. like seriously. and those who, have my envy. cis.

adzani adnan said...

huhuhu,,
mendalam sungguh maksudnya.;)

Nite Garden said...

Cahaya,
Aku ingin bertemu dgn Lim Swee Tin suatu hari nnti. Semoga Tuhan mengizinkan..

Nite Garden said...

Ad Rifza,
Ya puisinya indah dan sering mengajak kita berfikir bait-baitnya..

Nite Garden said...

Benrauf,
Lim Swee Tin juga menulis utk kita menilai diri dan peribadi..

Akak pun lama tak jumpa Ben hehehe PC akak aritu rosak..

Nite Garden said...

Max J. Potter,
I can't write too that's why I took it from Lim Swee Tin hehehe

Nite Garden said...

Adzani Adnan,
Mendalam ya maksudnya?? Jom kita menyelam sama-sama ;p

Related Posts with Thumbnails