Tuesday, February 16, 2010

Alahai Dah Expired la….



Saya mula peduli tentang kolestrol dan berazam untuk membiasakan tekak memakan oat. Ia bukanlah makanan yang saya gemari tetapi tidak pula ia menjadi makanan yang saya getik*. Khasiat oat yang saya baca di Utusan Online baru-baru ini menambahkan lagi keinginan saya untuk memakan oat. 70 gram setiap hari mencukupi untuk memberi kemesraan kepada jantung.

Hari ini saya berkira-kira untuk memulakan rutin oat saya sebagai usaha untuk menurunkan paras kolestrol sementelaah oat masih ada di dalam pantri rumah saya. Tiba-tiba tahap keterujaan saya berada di paras paling rendah apabila saya melihat tarikh lupus pada plastik pembungkus jatuh pada hari wilayah yang lepas. Aduh! Punah harapan saya.

Hendak dibuang terasa majo* pula kerana baru sedikit saja yang luak. Saya ligat berfikir apa yang hendak saya buat dengan oat yang sudah tamat tarikh lupus ini. Akhirnya saya mendapat satu idea.

Saya memasukkan kesemua oat tadi seberat hampir setengah kilo ke dalam mesin pengisar dan dikisar sehingga halus. Setelah itu saya simpan di dalam balang. Ia akan menjadi bahan asas untuk membuat lulur (scrub) dan topeng (mask) pada muka dan badan.

Oat tadi yang asalnya untuk rutin kesihatan telah bertukar menjadi rutin kecantikan bila sudah melepasi tarikh lupus. Namun begitu oat hanya menjadi bahan asas sahaja kerana bahan-bahan sampingan lain diperlukan juga untuk membuat lulur dan topeng. Entri yang seterusnya akan diterangkan cara-caranya.

* Nota :
Getik - benci. Makna lain - menyampah/meluat
Majo - rugi. Makna lain - membazir/sayang/ralat

2 comments:

DrSam said...

memang kreatif!

Nite Garden said...

yg penting ia bebas kimia. kalau pergi ke pusat spa pun, mrk menggunakan bahan yg sama. so lebih jimat kalau buat sendiri..

Related Posts with Thumbnails