Thursday, February 18, 2010

Kembang Semangkuk

Sekarang ini memanglah terasa cuaca sangat panas 24 jam. Dijangkakan akan berlarutan hingga minggu kedua bulan Mac. Macam-macam penyakit boleh hinggap jika kita tidak menjaga kesihatan. Ada salah satu cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kepanasan badan iaitu dengan meminum air kembang semangkuk.



Rendam kembang semangkuk di dalam air panas dan ditambah beberapa ketul gula batu. Biarkan seketika sehingga ia menjadi kembang kemudian diminum. Bagi yang suka minuman sejuk, boleh disimpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu atau di tambah ais.

No comments:

Related Posts with Thumbnails