Tuesday, February 2, 2010

BBQ

Rancangan untuk membuat bbq bersama keluarga yang sudah beberapa kali tertunda akhirnya berjaya diteruskan setelah rancangan untuk balik ke kampung dibatalkan. Waktu tengahari kami keluar membeli bahan-bahan. Dikepalai oleh Aroo, maka dia yang telah menetapkan semua bahan yang diperlukan. Kepak ayam, hati, pedal, kambing, sosej, udang dan bahan perapan bbq.



Ini adalah bahan utama untuk perapan. Sos bbq Heinz, sos perisa Maggi, kicap manis kipas udang, sos cili Maggi, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan serbuk cili.

Bahan-bahan lain yang diperlukan ialah lidi, lemon, mentega, timun, serai dan arang.



Cara penyediaannya sangat mudah. Kepak ayam, hati, pedal, kambing, sosej dan udang diperap bersama bahan perapan (kecuali sos cili Maggi) selama sekurang-kurangnya empat jam sebelum memanggangnya. Serbuk cili hendaklah dibancuh dengan air panas terlebih dahulu untuk mengelakkan sakit perut. Selepas diperap, simpan semua bahan di dalam peti sejuk sementara menanti masa untuk membakar. Ketika hendak memanggang, gunakan lidi untuk mencucuk daging-daging tersebut.


Bbq set yang dijanjikan tidak sampai kerana tuannya tidak dapat hadir di saat-saat akhir. Jadi kami terpaksa membuat tempat bbq sendiri. Setelah api dihidupkan, sapukan mentega di atas besi pemanggang kemudian letakkan daging di atasnya. Sapukan mentega cair di atas daging menggunakan beberapa batang serai yang diketuk.


Hidangkan bersama lemon dan timun. Untuk sos pencicah, campurkan sos bbq Heinz dan sos cili Maggi.


Dalam kami sibuk berbbq, anak dara sorang ni sibuk pulak menjunjung pinggan plastik. Dia yang kali pertama melihat api marak seringkali menjerit "api" "api". Dalam apa jua keadaan, dia yang menjadi orang penting.


Wajah terbaru Zahraa yang kini berusia setahun enam bulan. Ini bbq yang pertama untuknya. Setiap daripada kami gembira meluangkan waktu menikmati keseronokan berbbq. Pasti ada yang kedua dalam waktu terdekat ini...

No comments:

Related Posts with Thumbnails