Saturday, February 27, 2010

Ia Di Mana?



Saya sudah berbaring di atas katil dan bersedia untuk melelapkan mata. Setengah jam sudah berlalu namun udara yang nyaman dengan sinaran malap lampu tidur gagal untuk membuat saya hanyut dibuai dengkuran walaupun saya berada di dalam keadaan yang sangat kondusif untuk lena di ulit mimpi.

Saat ini saya tidak gelisah atau risau tentang banyak perkara lantaran fikiran saya tenang. Saya hanya berbaring menutupi mata dan membiarkan minda menerokai alam sejagat. Dalam keadaan jasad yang beristirehat empuk di atas tilam, saya merasai bahawa setiap sesuatu benda itu pasti ada letak tempat kedudukannya. Tarikan graviti pada jasad bumi memainkan peranannya.

Cuma yang saya fikirkan ialah kedudukan sesuatu yang tidak nampak oleh mata kasar misalnya roh, jiwa dan perasaan manusia. Di manakah kedudukannya di dalam jasad manusia? Adakah di dalam hati ataupun di dalam minda manusia? Rasahati seperti gembira dan sedih, adakah ia datang daripada hati atau minda? Adakah rasahati ini mempunyai tarikan graviti agar ia berada di kedudukan yang betul? Adakah kerana tiada tarikan graviti pada rasahati maka manusia jadi marah dan emosi tak bertempat?

Pasti di kalangan para ulama dan saintis ada jawapannya.

6 comments:

Uncle Lee said...

Hello Nite Garden, Laugh when you can, apologize when you should, and let go of what you can't change.
Play hard, forgive quickly, take chances, give everything and have no regrets.
Life's too short to be anything but happy.

Our life today is not a dress rehearsal, we only get to play one round.
Live your life with no excuses, love with no regrets.
You have a nice day and keep a song in your heart, Lee.

Nite Garden said...

Hi Mr Lee,
Thanks for the advice. You are a great man.

adzani adnan said...

hehehe..
kak nite.. i like ur feet picture...
view my feet blog.. hehehe

http://kakikukakimu.blogspot.com/

DrSam said...

memang sukar mencari jawapan begitu. yang pasti, untuk mengenal Pencipta...kenallah diri kita sendiri dulu.

Malaikat Maut said...

Rasa hati tertarik pada sistem dwigraviti yang berpusat pada iman dan nafsu, terpulanglah ke mana ia terjatuh begitulah hala tujuannya. Ini pendapat saya.

Nite Garden said...

Adzani:
Kegilaan yg sgt cool! hanya kita yg memahami keseronokannya ;)

DrSam:
Memang ada jawapannya dan ilmunya mesti didalami. Semoga kita mengenali diri kita sendiri dan berkesempatan utk mengenali Pencipta.

Malaikat Maut:
Ada benarnya pendapat anda.
Refleksi kepada rasa hati itu akan didominasi samada oleh iman dan nafsu, bergantung kpd kekuatan kedua-duanya untuk menangkap rasa hati ketika ia jatuh. Persoalannya bagaimana utk mencari keseimbangan dantara kedua-duanya? Jika benar pendapat kita, alangkah bagusnya jika ia dpt disokong dgn firman dan hadith.

Saya masih mencari 'tempat asal' saya dan sejauh mana saya boleh mengembara agar saya dapat mengenali kelebihan dan kelemahan diri sendiri..

Related Posts with Thumbnails