Wednesday, June 9, 2010

Saya dan Jagung



FAQ

Apakah nama saintifik jagung?
Zea Mays, tergolong dalam keluarga Gramineae.

Apa yang membuatkan jagung sangat berkhasiat?
Ia mengandungi protein, vitamin B, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia juga menghasilkan sejenis minyak bermutu tinggi yang sangat mesra dengan kesihatan.

Apakah kebaikan jagung?
Ia menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati. Disamping itu ia juga boleh menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta melawaskan kencing.

Organ badan manakah yang paling cepat menangkap khasiat jagung?
Pundi kencing. Jagung sangat elok dimakan oleh mereka yang menghadapi masalah ketika membuang air kecil seperti kencing yang tidak dapat ditahan, kencing terlalu kerap, sakit ketika kencing dan radang pundi kencing.

Apakah produk jagung?
Emping, minyak, tepung dan kanji.

***********************************************************

Jagung menjadi makanan kegemaran saya sekeluarga terutama emak. Samada direbus, dibuat bubur, puding atau cekodok, ia juga enak dimasukkan ke dalam masakan. Paling disukai oleh keluarga saya ialah bubur jagung. Saya lebih kerap membuat bubur jagung sejak emak hilang selera untuk makan nasi. Kebiasaannya saya sediakan dalam kuantiti yang banyak supaya senang emak mengulang makan. Sangat enak dimakan selepas disimpan dalam peti sejuk. Saya menggunakan jagung segar kerana rasanya lebih sedap berbanding jagung dalam tin. Jagung sederhana matang adalah pilihan yang paling tepat, yakni yang tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua. Untuk direbus, jagung matang lebih sesuai kerana isinya lebih kental. Saya akan berkongsi resipi dari arwah opah cara-cara untuk membuatnya. Saya namakan Bubur Jagung Opah.

Bubur Jagung Opah
Bahan-bahan :

15 tungkul jagung segar
1 liter santan (2 biji kelapa diperah dan asingkan santan pekat dan cair)
1 ketul gula melaka
1 paket kecil biji sagu
Secubit garam
Sedikit air
2 helai daun pandan

Cara-cara mengeluarkan isi jagung :



Jagung dihiris nipis sebanyak dua kali iaitu setelah habis satu pusingan, dihiris lagi kali kedua. Jika saiz biji jagung terlalu besar dan tebal, boleh dihiris kali ketiga.



Kikis tungkul jagung untuk mengeluarkan sagunya. Sagu inilah yang akan melikatkan bubur dan memberi rasa enak berkrim. Tolak mata pisau dari bawah ke atas untuk mendapatkan sagu yang maksimum.

Cara-cara memasak :

Rebus isi jagung yang telah dikeluarkan tadi dengan sedikit air. Kuantiti air sekadar melitupi isi jagung di dalam periuk. Masukkan daun pandan. Rebus sehingga surut sedikit airnya. Kemudian masukkan santan cair, gula melaka dan biji sagu. Masak atas api yang sederhana. Setelah mendidih masukkan santan pekat, masakkan seketika. Akhir sekali masukkan garam.

Sedia untuk dihidangkan.

Nota: Kesemua gambar di sini dihasilkan oleh kamera padat Sony Cyber-shot T100 :)

2 comments:

Lee said...

Hi Nite Garden, I love corn. And we're able to get 4 or 5 for a $1.00.
I enjoy eating jagung rebus.....
But with your mention of 'santan pekat', that saya belum try.
You have fun and keep well, Lee.

Nite Garden said...

Hi Uncle Lee,
Aha! a moonlight is shining my nite garden on :)
I bought 3 for RM2 at pasar malam. I like jagung rebus too. bite them line by line. try bubur jagung, i bet u'll like it.

Have a great day ahead.

Related Posts with Thumbnails