Tuesday, June 1, 2010

Saya dan Kebisuan



Gembira rasanya kerana dapat menulis lagi di taman saya ini setelah sekian lama sibuk dengan pelbagai aktiviti. Membaca kembali blog-blog kegemaran memang memberikan terapi yang berkesan untuk mengurangkan stress serta membaca nota-nota pada dinding facebook kawan-kawan juga sangat menghiburkan. Saya berterima kasih kepada kesemua pencipta teknologi-teknologi hebat yang menjadikan dunia ini tanpa sempadan. Saya hanya duduk berseorangan di sebuah bilik bersama komputer. Namun teknologi ciptaan mereka ini membuatkan saya merasa seolah-seolah dikelilingi oleh lautan manusia.

Saya akui sejak berhenti kerja, memang saya semakin kurang berbual dan berjumpa dengan dunia luar secara fizikal. Ada beberapa orang rakan yang bertanya dan mahu tahu apa yang saya lakukan sekarang. Tetapi saya memilih untuk tidak menceritakan apa-apa. Bukannya sombong, tetapi belum masanya lagi untuk memberitahu. Pernah juga dahulu saya memberitahu pada beberapa taulan cerita terbaru, tetapi saya menerima reaksi yang kurang memberangsangkan daripada mereka. Dari situ saya belajar untuk lebih berhati-hati agar tidak menjadi overly excited storyteller. Lebih baik menceritakan secara berdikit-dikit agar persepsi positif mereka menyebelahi saya.

Kuliah kembali berjalan seperti biasa setelah saya berehat sebentar selama enam bulan. Saya berdoa agar dapat menghabiskannya pertengahan tahun hadapan. Saya juga berdoa agar dipermudahkan jalan untuk menyiapkan kertas projek dalam tempoh tiga bulan setelah kuliah tamat. Saya mohon Allah makbulkan doa untuk membawa emak hadir ke graduasi hujung tahun hadapan. Semoga ia dapat melenyapkan kekecewaan saya kerana emak tidak dapat hadir pada graduasi pertama dahulu akibat daripada keengganan beberapa pihak untuk menghantar emak.

Saya hanya mendiamkan diri kerana mahu mengisi kebisuan saya ini dengan pelbagai ilmu bermanfaat. Walaupun keseorangan, saya bersyukur kerana tidak merasai keseorangan saya itu. Saya tetap ditemani oleh kemesraan dan kenangan manis bersama rakan taulan di luar sana. Maaf dipohon jika kebisuan saya selama ini menyinggung hati beberapa pihak.

4 comments:

*DonnaRomina said...

beautiful dress :)

www.donnaromina.blogspot.com

Nite Garden said...

Hi DonnaRomina,
Thanks for visiting :)

sarin said...

baby.....i miss u...rindu memroy kitaorang kat siput....bila free jom hang out?

Nite Garden said...

Sarin,
Thanks babe for the reminiscence. i pon rindu kat uols sume. alahai u sebut siput ni tingin plak nak mkn siput sedut.. u let me know bila u free nnti i turun kat tempat u. gi SACC mall best jugak kan :)

yr cellphone masih lg dgn number lama ker? nnti i text u yer..

anyway thanks for dropping by honey

Related Posts with Thumbnails