Sekali lagi saya mengubah kedudukan komputer saya. Sebelum ini ia berada di dalam bilik dan kali ini saya letakkan di ruang tamu kerana saya dapat melakukan tiga perkara secara serentak. Menonton program kegemaran di tv, mendengar radio dan mengakses komputer. Kenapa tidak guna komputer riba sahaja? Saya lebih menyukai komputer meja kerana skrin monitor lebih besar, lebar dan memberi kepuasan kepada mata untuk melihat segala perincian dengan lebih jelas. Saya senang juga mengambil makanan dan minuman kerana dekat dengan dapur. Di samping itu ruang tamu lebih terbuka dan terang kerana cahaya yang masuk datang dari pintu gelongsor.
Meja untuk saya mengulangkaji pelajaran pun diletakkan berdekatan dengan ruang tamu, atas alasan yang sama juga. Bagaimana jika saya letakkan katil siang di ruang ini juga? Sambil baca buku, boleh juga baring-baring, tengok tv sekejap, mendengar gubahan muzik, berblogging, bergoogle dan bermukabuku. Sambil-sambil itu dapat juga memanaskan jari jemari bermain piano. Bila dah jemu dengan semua itu, boleh kayuh basikal tidak bergerak itu untuk keluarkan peluh, cuci pakaian, masak dan sebagainya. Meja makan, mesin, ruang untuk emak berehat, rak buku, kabinet, bla bla bla bla bla bla bla bla OMG!!! Semua benda saya hendak letak di ruang tamu. Nasib baik saya tidak memiliki sofa.
Inilah tabiat saya - suka melakukan banyak perkara dalam satu masa. Kata orang sambil menyelam minum air.
4 comments:
itu baru betul-betul 'multi tasking'. sungguh praktikal.
DrSam,
Jimat masa :)
Killing two birds with one stone :D
the anTropologist:
haruslah dua ekor burung tu mati serentak kan ;P
Post a Comment